Hari Guru, Iftar At-Ta’alim disambut meriah

- Advertisement -
LUMUT: Sambutan Hari Guru dan Majlis Berbuka Puasa At-Ta’alim telah diadakan bagi meraikan warga pendidik institusi ini di Kompleks At-Ta’alim, di sini semalam.
 
Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Rasli Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengarah At-Ta’alim.
 
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan atas bakti khidmat para pendidik kepada para pelajar selain memperkemaskan diri selaku hamba Allah.
 
Majlis tersebut telah diserikan dengan tayangan montaj usaha para guru dalam mendidik, selain tidak melupakan pemergian rakan guru yang terdahulu mengadap Ilahi.
 
Sempena majlis tersebut, Siti Nurul Davinna Sha’rani dan Nur Musliha Ahmad dianugerah sebagai Guru Cemerlang bagi rendah dan menengah At-Ta’alim.
 
Hadir sama Pengetua, Mudir Pondok dan Guru Besar At-Ta’alim iaitu Badrulhisyam Baharuddin, Mohd Zaeem Zaid dan Norliza Mohd Fadzil serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah. – HARAKAHDAILY 18/5/2019
- Advertisement -