SERI At-Ta’alim terima sumbangan TNB Manjung

- Advertisement -
LUMUT: Sekolah Rendah Islam (SERI) At-Ta’alim telah menerima kunjungan delegasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Seri Manjung yang hadir ke institusi pendidikan ini, di sini hari ini.
 
Kedatangan dari Persatuan Kebajikan Pekerja Islam konglomerat itu bertujuan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada anak yatim dan asnaf warga SERI At-Ta’alim.
 
Rombongan diketuai Naib Yang Dipertuanya, Shukor Dzabidi itu telah disambut Ahli Lembaga Pengarah At-Ta’alim, Shukri Ali dan Guru Besar, Norliza Mohd Fadzil.
 
Menurut Shukor, sumbangan tersebut adalah hasil dari program “1 Staf 1 Sumbangan” persatuan itu yang mengumpulkan barangan keperluan harian dan wang tunai.
 
Katanya, pihak beliau mengikuti perkembangam At-Ta’alim dari semasa ke semasa dalam usaha menyiapkan kompleks pendidikannya di Manjung dan berharap kerjasama berterusan. – HARAKAHDAILY 17/5/2019
20190517 191456
- Advertisement -