Santuni warga Semporna dalam Kongsi Makan

- Advertisement -
SEMPORNA: PAS Kawasan Semporna telah mengadakan program Kongsi Makan sempena Ramadan yang dilangsungkan di Bazar Pekan Semporna, di sini semalam.
 
Program PAS Semporna ini merupakan anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta Lajnah Dakwah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS.
 
Ia bertujuan menyemarakkan Ramadan dengan menghidupkan amalan memberi makan orang berbuka puasa yang disunnahkan Baginda Rasulullah S.A.W.
 
Secara khusus, program ini mensasarkan golongan mustad’afin termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa yang ramai bergelandangan di daerah ini.
 
Menerusi usaha ini juga, menjadi inisiatif membantu mereka dan membuka kesedaran masyarakat untuk sama berkongsi nikmat dengan golongan seperti ini.
 
Program tersebut telah dipimpin Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Semporna, Alisha Hafizi dengan bantuan tenaga anggota lajnah yang lain. – HARAKAHDAILY 17/5/2019
- Advertisement -