LATAS rakam takziah pemergian SM Idris

- Advertisement -
TELAH kembali ke Rahmatullah Hj SM Mohamed Idris, 93 tahun, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Thirdworld Network, International Citizens dan banyak lagi platform perjuangan kepenggunaan, alam sekitar, pembelaan kumpulan marhaen, penentang penindasan, membenteras penipuan, pejuang pembangunan lestari, membina keseimbangan, menjunjung keadilan dan banyak lagi.
 
Beliaulah guru kepada ribuan pejuang yang sedang berpencak di pelbagai medan masyarakat. Beliaulah guru yang menyusun kehidupan menjadi sebuah perjuangan. 
 
Beliau mengajar dan mempromksi mengenai hidup berkualiti, berfikiran kritikal, objektif, benar, mencungkil potensi dan membina kapasiti daripada insan-insan biasa yang sedia menjadi katalis perubahan. 
 
Beliau membina hidup berprinsip, berani, mengurus dan menghargai kepelbagaian, tidak hanyut dengan budaya konsumerism dan komersialism, hidup berteraskan Al-Quran. Cara hidupnya adalah model perjuangannya. Simple  living  high  thinking! 
 
Tidak terhitung jasanya kepada masyarakat, negara dan dunia ini. Semoga dibalas dengan sebaik-baik balasan daripada Allah swt. Al-Fatihah.
 
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) merasakan kehilangan ini adalah kehilangan mutiara besar dalam lapangannya. Kami merakamkan takziah kepada ahli keluarga dan warga kerja dan sukarelawan CAP, SAM, TWN dan badan-badan swadaya masyarakat yang mendapat ilham dan sentuhan beliau.
 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi LATAS PAS Pusat
17 Mei 2019
- Advertisement -