PAS-Umno Pasir Salak hidupkan Ramadan

- Advertisement -
PASIR SALAK: PAS Kawasan bersama Umno Bahagian bagi Parlimen Pasir Salak telah bersama mengadakan program Ihya’ Ramadan di Bazar Ramadan Kampung Gajah, di sini.
 
Menerusi program ini, telah dibuka Pusat Khidmat dan Dakwah yang menjalankan pelbagai aktiviti antaranya tazkirah harian dari penceramah jemputan dan iftar jamaie.
 
Turut dilengkapi musolla sebagai kemudahan solat kepada peniaga dan pengunjung bazar, turut dibuka kaunter daftar SPR dan pembayaran zakat fitrah, serta agihan bubur lambuk.
 
Malah, program julung kali bagi kedua parti ini yang terjalin sejak tiga siri Himpunan Perpaduan Ummah sebelumnya, dilihat semakin erat menerusi kerjasama ini.
 
Bahkan terlihat dari kesungguhan mengadakan gotong-royong bersama memasak bubur lambuk dan mendekati serta berbakti pada masyarakat Muslim terutamanya di bulan barakah ini.
 
Menurut Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin, masyarakat semakin menerima permuafakatan kedua pihak dengan turut bersama dalam aktiviti Ramadan dianjurkan.
 
Malah, beliau menyeru kedua pihak terus mendahulukan Islam dan musyawarah dalam menentukan keputusan dan tindakan bersama serta kepentingan rakyat seluruhnya. – HARAKAHDAILY 16/5/2019
20190516 224245
- Advertisement -