Muslimat rai warga pendidik SRITI Darul Hadis

- Advertisement -
TASEK GELUGOR: Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis, Padang Menora, di sini hari ini.
 
Lawatan bersama Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor bertujuan merai dan menyantuni warga pendidik institusi pendidikan Islam tersebut sempena Hari Guru yang disambut hari ini.
 
Kehadiran rombongan itu disambut Mudir SRITI Darul Hadis, Ustaz Mohd Kamil Redzuan bersama semua guru yang berkhidmat dengan sekolah milik Pemuda PAS Pulau Pinang itu.
 
Delegasi dipimpin Ketua Penerangan Muslimat PAS Pulau Pinang, Farhiyah Shafiee berkata, kunjungan tersebut juga sebagai mengerat hubungan dua hala antara pihak yang hadir.
 
Manakala Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Tasek Gelugor, Nazatul Fadzilah Fauzi berkata, majlis itu menjadi kesempatan menyampaikan penghargaan mereka buat warga pendidik. – HARAKAHDAILY 16/5/2019
- Advertisement -