KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi Ustaz Datp’ Ismail Kamus di rumah pendakwah terkenal itu, malam semalam.
Advertisement
Timbalan beliau, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man turut serta.
“Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Ustaz Ismail Kamus di rumahnya malam ini. Semoga ustaz dikurniakan kesihatan dan kesembuhan,” tulis Tuan Guru menerusi laman Facebook beliau.
Ustaz Ismail dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada 9 Mei lalu untuk menjalani pembedahan jantung. – HARAKAHDAILY 15/5/2019