Tradisi sedekah bubur lambuk sudah 10 tahun

- Advertisement -
IPOH: PAS Cawangan Pengkalan Pegoh dalam Kawasan Ipoh Timur terus menghidupkan tradisinya setiap kali Ramadan iaitu edaran bubur lambuk.
 
Sehubungan itu, gotong-royong menyedia, memasak dan mengedarkannya telah dijalankan di Markas PAS Pengkalan Pegoh, di sini kelmarin dan semalam.
 
Menurut Ketua PAS Pengkalan Pegoh, Dr Ahmad Husni Hassan, sudah 10 tahun tradisi itu berjalan bertujuan menghidupkan Ramadan dengan amalan sedekah.
 
Beliau berkata, program tersebut dianjurkan sebagai membuktikan keberadaan PAS di tengah masyarakat dan uniknya tahun ini disertai ahli Umno yang datang membantu.
 
Hadir sama memeriah dan membantu para petugas adalah Ahli Jawatankuasa PAS Ipoh Timur, Mazlan Mohd Isa serta Ahli Jawatankuasa Cawangan tersebut. – HARAKAHDAILY 13/5/2019
- Advertisement -