Program MP bukan kerjasama rasmi Umno-PAS

- Advertisement -

PADANG BESAR: Majlis pemberian zakat dan sumbangan yang disampaikan anggota Parlimen (MP) Padang Besar Jumaat lepas bukan program rasmi kerjasama antara PAS dan Umno Pdang Besar.

- Advertisement -

Setiausaha PAS Padang Besar, Abd Hadi Hamid berkata, program Dato’ Zahidi Zainul Abidin tidak pernah dibincang bersama antara PAS dan Umno.

Sedangkan katanya pada persetujuan sebelum ini sebarang program bersama perlu dibincangkan tersebih dahulu wakil kedua-dua pihak.

“Kehadiran Kamis Yub dan Mohd Ali Puteh bersama ahli PAS yang lain pada program tersebut adalah atas kapasiti individu bukannya parti,” katanya di sini.

Menurutnya program tersebut tidak melibatkan PAS Padang Besar secara rasmi. – HARAKAHDAILY 13/5/2019

- Advertisement -