PAS Putrajaya rai iftar dan serah sumbangan

- Advertisement -
PUTRAJAYA: PAS Kawasan Putrajaya telah mengadakan Majlis Iftar Perdana dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf di Surau Al-Huda, Presint 5, di sini semalam.
 
Penyampaian sumbangan kepada para penerima sempena majlis tersebut telah disempurnakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.
 
Hadir sama memeriahkan majlis adalah Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Ustaz Faizal Ibrahim bersama anggota Dewan-dewan dan PAS Cawangan dalam kawasan ini.
 
Seusai majlis penyampaian sumbangan, semua asnaf turut diraikan berbuka puasa bersama-sama keluarga besar PAS Putrajaya yang jelas terserlah ukhuwah Islamiyah.
 
Jabatan Amal Malaysia Putrajaya turut sama melancarkan program dengan membantu urusan kebersihan dan persiapan tempat dipimpim Komandan, Anas Asyura. – HARAKAHDAILY 13/5/2019
- Advertisement -