Bubur lambuk PAS Apas dinanti penduduk

- Advertisement -
TAWAU: Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Izzah dan JIBG PASTI Nurul Ain telah mengadakan edaran bubur lambuk di sekitar Kampung Saddani dan Kampung Batu 2, di sini.
 
Program sempena Ramadan ini dijalankan dengan penyediaan memasak bubur lambuk secara gotong-royong yang dilaksanakan secara kerjasama dengan PAS Cawangan Apas, semalam.
 
Program dari pagi ke petang itu merupakan rutin tahunan melibatkan PASTI-PASTI Cawangan Apas yang diadakan untuk mengeratkan ukhuwah bersama para waris murid PASTI dan penduduk. 
 
Lebih 800 bungkus bubur lambuk itu dapat disedia dan diedarkan kepada orang ramai yang turut menzahirkan rasa teruja menerima pemberian tersebut dari pihak PASTI dan PAS Apas.
 
Hadir sama membuat edaran tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Ustaz Rosli Hassan dan Timbalan Ketua PAS Apas, Satuwo Saidi bersama jentera PAS Cawangan. – HARAKAHDAILY 12/5/2019
- Advertisement -