Projek Lampu Pemuda bantu keperluan At-Ta’alim

LUMUT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut telah menyerahkan sejumlah 200 lampu kepada Pengerusi Pembangunan Kompleks At-Ta’alim, Osman Uyub di kompleks tersebut, Lekir, di sini kelmarin.

Advertisement

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Lumut, Muazam Hafiz Osman, pemberian itu adalah hasil inisiatif ‘Projek Lampu’ yang dijalankan bagi mengumpul sumbangan keperluan kepada kompleks tersebut.

Maklum beliau, menerusi pelancaran projek itu tiga minggu sebelum Ramadan, Pemuda PAS Lumut berjaya mengumpulkan sejumlah sumbangan wang tunai yang dapat membeli 200 lampu tersebut.

Ketua Pemuda PAS Lumut, Muhammad Nizar Majid berkata, cara tersebut membuka jalan kepada para Pemuda untuk beramal sebagai jariah kepada institusi Pendidikan Islam itu juga sebagai tanda sokongan.

Beliau turut berharap agar inisiatif seumpama diteruskan bagi membantu memenuhi keperluan lain berkaitan pembinaan kompleks tersebut yang masih memerlukan sumbangan dan kelengkapan lain.

Pihak pembangunan mengalu-alukan para dermawan untuk membuat tinjauan lapangan dan hajat menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Maybank Islamic 5582  9360  6057 atas nama Kompleks At-Ta’alim.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Pengerusi Pembangunan At-Taalim, Osman Uyob (016-5591795), Pengetua Sekolah Menengah At-Taalim, Ustaz Badrulhisyam Baharuddin (014-2440793) dan Pejabat At-Taalim (05-6888196). – HARAKAHDAILY 10/5/2019