PAS Bukit Gantang lancar aktiviti Ihya’ Ramadan

- Advertisement -
BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 1440 yang disempurnakan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
 
Majlis sempena Liqa’ Fikri PAS Kawasan ini telah dilangsungkan di Markas Tarbiyah PAS Bukit Gantang, Kampung Bukit Chempedak, di sini kelmarin.
 
Ia sebagai meraikan kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak di mana pihak PAS Bukit Gantang akan memenuhinya dengan pelbagai pengisian dan aktiviti.
 
Antaranya ialah edaran tamar, bubur lambuk dan takwim, iftar perdana, qiyamullail perdana, sumbangan fakir miskin dan anak yatim, wakaf SRITI, ziarah dan singgah sahur.
 
Menurut Ustaz Idris, usaha di bulan tarbiyah ini seharusnya mendidik iman, jiwa dan peribadi, selain terus bekerja dengan niat yang ikhlas.
 
Hurai beliau, iaitu tidak mencuri masa dengan hal tidak sepatutnya atau melaksanakan tanggungjawab diamanahkan secara sambil lewa. – HARAKAHDAILY 9/5/2019
- Advertisement -