Kaji semula kebenaran cermin gelap penuh

- Advertisement -

KERAJAAN diminta untuk membuat kajian semula secara holistik peraturan baharu yang membenarkan orang awam memasang cermin gelap sepenuhnya.

- Advertisement -

che aliasPelaksanaan peraturan ini banyak memberi keburukan terutama yang melibatkan operasi pemeriksaan pihak berkuasa dan badan keselamatan seperti pihak polis yang membuat memeriksaan sama ada kepada pemandu mahupun penumpang.

Saya berasa kecewa apabila Menteri pengangkutan mengumumkan peraturan baharu ini tanpa mengambil pandangan daripada pihak penguatkuasa terutama pihak polis.

Malah peraturan ini dilihat berat sebelah apabila pemohon dikenakan caj RM50 ke atas setiap permohonan dan bayaran sebanyak RM5,000 jika permohonan diluluskan bagi memohon pemasangan cermin gelap sepenuhnya.

Polisi tersebut bersifat “mesra-orang kaya” kerana Kerajaan seolah-olah dilihat hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membelakangkan keselamatan awam.

“Islam Memimpin”

TUAN CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman
9 Mei 2019 / 4 Ramadhan 1440 – HARAKAHDAILY 9/5/2019

- Advertisement -