Konvensyen dan Badar Kubra PAS Perak, 25 Mei

- Advertisement -
LUMUT: Konvensyen PAS Negeri Perak yang dijangka menghimpun lebih 500 ahli mewakili PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri ini akan diadakan di Hotel Pangkor Resort, Marina Island, di sini 25 Mei depan.
 
Konvensyen bertemakan “Islam Memimpin, Perak Sejahtera” ini akan dihadiri Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang akan menyampaikan amanat penting dan dialog bersama dengan perwakilan.
 
Antara objektif utama konvensyen kali ini adalah untuk menghimpunkan ahli PAS bagi mendengar amanat dan pesanan  selepas berlangsungnya PRU14 pada bulan Mei 2018 dan hampir genap setahun pemerintahan PH.
 
Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut, Awis Kharni Hussain berkata, pihaknya amat yakin banyak perkara akan disampaikan Timbalan Presiden, tambahan pula PAS kerap kali diserang dan dituduh oleh parti lawan.
 
“Walau bagaimanapun saya yakin Timbalan Presiden akan memberi penekanan perlunya kekuatan penyatuan ummah dalam mendepani pemerintahan sekarang dan keadilan dalam pemerintahan,” ujarnya.
 
Dato’ Tuan Ibrahim dijangka akan terus berada di Lumut bagi menghadiri Program Badar Kubro PAS Perak pada tarikh yang sama, bertempat di Kompleks At-Taalim, Batu 7 Lekir, Sitiawan Perak bermula jam 7.00 malam. 
 
Oleh itu, pihak jawatankuasa program Badar Al-Kubro membuka peluang kepada tujuh peserta terawal untuk menyertai akikah sempena Program Badar Al-Kubro PAS Perak dengan bayaran sebanyak RM600 untuk satu bahagian. 
 
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh terus hubungi Awis Kharni di talian 013-4619246 atau Halim 014-2403687. – HARAKAHDAILY 7/5/2019
IMG 20190507 WA0046
- Advertisement -