Daurah al-Quran makin dapat sambutan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Program Daurah al-Quran yang diadakan di Madinah Ramadan sempena Ramadan semakin mendapat sambutan orang ramai.

- Advertisement -

Program harian yang diadakan sepanjang Ramadan bermula jam 9.00 pagi berakhir sehingga solat Zohor.

Iaa diisi sesi bacaan ayat-ayat al Quran oleh qari jemputan, manakala terjemahan dan kupasan terperinci disampaikan pakar dalam bidang berkaitan.

Pengarah Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Ustaz Ropein Hassan berkata, Ramadan ini merupakan tahun kedua program itu diadakan.

Katanya, sambutan orang ramai tahun kedua ini meningkat berbanding tahun lepas.

“Program berkenaan diadakan bermula semalam dengan kehadiran 150 peserta yang mengikuti kuliah tafsir dan kupasan maksud Surah Al-Baqarah,” katanya di sini.

Hari ini Ustaz Mohd Nazri Daud merupakan qari jemputan membaca surat Al Baqarah.

Kupasan pula disampaikan Ustaz Mohd Ruduan Hasan dan kuliahnya oleh Dr Azhar Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). – HARAKAHDAILY 7/5/2019

- Advertisement -