1,392 ahli baharu dalam masa 2 minggu

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kubang Kerian menerima ahli baharu seramai 1,392 dalam tempoh dua minggu bermula 11 hingga 28 April lalu.

- Advertisement -

Setiausaha PAS kawasan berkenaan Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, sasaran awal pihaknya sekurang-kurang 1,200 ahli baharu dalam tempoh tersebut.

“Alhamdulillah dan berpandu rekod borang yang diterima, sasaran kita sebelum ini tercapai iaitu menerima ahli baharu seramai 1,392.

“Kempen ini merupakan sebahagian inisiatif PAS Kubang Kerian yang mendapat dokongan tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Demit, Pasir Tumboh dan Salor,” katanya di sini.

Menurutnya usaha itu dilakukan bagi memastikan hasrat Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat untuk menambah keahlian PAS dapat direalisasikan. – HARAKAHDAILY 7/5/2019

- Advertisement -