Ulamak mahu kembang Dewan di Kawasan

- Advertisement -

IPOH: Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang dirasmikan Pengarah Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah dilangsungkan di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Tambun, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Beliau menyentuh kepentingan pengukuhan organiasi yang mantap khususnya dalam merealisasikan sayap Ulamak PAS di peringkat Kawasan sebagai Dewan berbanding kini hanya Urusan Ulamak sahaja.

Beliau turut menekankan peranan supaya konsep ta’awun memenuhi sebagaimana ayat 2 surah al-Maidah, termasuk gerak kerja dakwah diperhebatkan kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ketua Ulamak PAS Perak, Tuan Guru Sidek Mohd Nor pula mengingatkan tanggungjawab memahamkan ahli melalui huraian ilmu terhadap konsep ta’awun dan mengekalkan sifat qanaah dan jati diri ahli gerakan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kehilangan Ketua Penerangan Ulamak PAS Perak, Almarhum Ustaz Norazli Musa yang banyak berjasa dan berkorban, namun kesal isu arwah dibangkitkan di Sidang Dun Perak. – HARAKAHDAILY 6/5/2019

- Advertisement -