Prihatin nasib penduduk, luaskan amal sedekah

- Advertisement -
TELUK INTAN: PAS Cawangan Kilang Padi telah mengadakan program penyampaian sumbangan kebajikan berupa barangan keperluan harian dan takwim Ramadan yang diadakan di cawangan itu, semalam.
 
Sumbangan tersebut sebagai bertemu mata dengan penduduk setempat dan sambutan awal Ramadan yang turut diisi dengan tazkirah Ramadan oleh Setiausaha PAS Kilang Padi, Ustaz Khairi Arifin.
 
Ketua PAS Kilang Padi, Mokhtar Bakti dalam ucapannya menyatakan bahawa penyampaian sumbangan itu adalah atas dasar keprihatinan terhadap kesulitan hidup masyarakat sesuai peranan PAS.
 
Jelasnya, PAS bukan semata-mata parti politik, tetapi juga gerakan dakwah yang tidak terhad bergerak hanya semasa waktu pilihan raya atau kerana menang kalahnya.
 
Manakala Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Rostam Malik yang hadir menyampaikan sumbangan menyatakan bahawa pemberian itu sebahagian usaha memanjangkan sedekah orang ramai. – HARAKAHDAILY 6/5/2019
- Advertisement -