PM perlu kembali bantuan perkapita SAR

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Kelantan mendesak kerajaan Persekutuan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR) yang dihentikan pada 2002.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, isu tersebut bukan sahaja dihadapi di Kelantan malah seluruh SAR di negara ini.

Katanya Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab terhadap sekatan yang dilakukannya pada tahun 2002.

“Jadi atas semangat ‘Malaysia Baharu’ di bawah kerajaan Pakatan Harapan kita berharap sekatan bantuan perkapira yang dilakukan terhadap SAR ditarik balik.

“Kita menyedari kepentingan pendidikan Islam, lebih-lebih lagi sesuai dengan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya ketika membentang usul tersebut pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan kali ke-48 di Dewan Dato’ Muhammad Daud Iraqi di Kubang Kerian kelmarin.

Muktamar tersebut dirasmikan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Turut hadir Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato’ Hassan Mohamood; timbalannya Dato’ Dr Johari Mat dan naib ketua Dato’ Muhammad Awang. – HARAKAHDAILY 6/5/2019

- Advertisement -