Kegagalan pemerintahan PH dibidas Adun PAS-Umno

- Advertisement -
IPOH: Lajnah Penerangan PAS Kawasan Ipoh Timur dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Sri Kinta telah Forum Perpaduan Ummah yang dilangsungkan di Markas UPU PAS Pengkalan Barat, di sini kelmarin.
 
Forum tersebut menampilkan Adun PAS Selama, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin dan Adun Umno Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud yang dikendalikan bekas Ketua Penerangan PAS Ipoh Timur, Zulkifli Baharudin.
 
Ustaz Akmal ketika mengulas pentadbiran PH menyifatkannya dengan imej segak dan bergaya, tetapi hakikatnya kaki temberang, termasuk luahan para cendekiawan yang merasa tidak senang atas polisi dilaksanakan.
 
Terutama menurut beliau, adalah urus tadbir yang membuatkan Islam semakin terancam di negara ini dengan tindakan untuk meratifikasi ICERD, Statut Rom, membuang status agama dalam kad pengenalan dan lainnya.
 
Ahmad Saidi pula mengutarakan keadaan ekonomi yang kian merosot terutama hilangnya keyakinan para pelabur menyebabkan aras semakin merosot, sedangkan usaha menarik mereka tidak mudah.
 
Tambahnya, sambutan hambar para pelabur tersebut diburukkan lagi kegagalan Kerajaan PH memperbaiki segera ekonomi negara membuktikan ketidakmampuan koalisi itu menerajui pemerintahan.
 
“Dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin jatuh, akibatnya rakyat menjadi mangsa dan ramai kontraktor dan perniagaan terjejas. Syarikat-syarikat terpaksa ‘gulung tikar’ dan menanggung kerugian.
 
“Banyak pekerja dibuang. Kerana kepimpinan kerajaan yang ada hari ini tidak dapat memberi kestabilan kepada negara. Kebebasan bersuara pula lebih kepada melemahkan Islam,” tempelaknya. – HARAKAHDAILY 6/5/2019
- Advertisement -