Didik pelajar At-Ta’alim jengah realiti hidup asnaf

- Advertisement -
LUMUT: Pelajar Sekolah Rendah Islam (SRI) At-Ta’alim Seri Manjung telah mengadakan Kunjungan Kasih Ambang Ramadan sebagai usaha kebajikan di sekitar Manjung, Lekir dan Segari, di sini semalam.
 
Lawatan ini dikendalikan Guru SRI At-Ta’alim, Ustaz Muhammad Firdhaus Ahmad Tarmizi dalam mendidik para pelajar mengenai tanggungjawab mempraktikkan perintah Allah menyantuni golongan asnaf.
 
Ziarah yang turut disertai ibu bapa pelajar itu juga sebagai sebahagian usaha mengimarahkan Ramadan dengan memberi perhatian kepada kebajikan golongan memerlukan yang juga para mustad’afin.
 
Ziarah bertemu wajah itu juga maklum Ustaz Firdhaus dapat menguatkan rasa kasih dan silaturahim antara pemberi dan penerima, selain pelajar dapat melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat.
 
Sempena kunjungan tersebut, rombongan turut berkesempatan berziarah ke kediaman bekas guru SRI At-Ta’alim yang telah bersara setelah menabur khidmat selama 20 tahun sejak ia ditubuhkan tahun 1998. – HARAKAHDAILY 5/5/2019
- Advertisement -