Ziarah kebajikan ambang Ramadan Muslimat Parit

- Advertisement -
PARIT: Muslimat PAS Kawasan Parit telah mengadakan kunjungan ziarah ambang Ramadan menyantuni penduduk dalam kalangan asnaf di sekitar Bota Kanan dan Padang Changkat, di sini hari ini.
 
Lawatan dikendalikan di bawah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatah Muslimat PAS Parit, Ani Harun itu sebagai melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah ke atas mukmin.
 
Menurut beliau, ziarah dipimpin Ketua Muslimat PAS Parit, Dr Najihatussalehah Ahmad itu menjadi sebahagian usaha mengimarahkan bulan Ramadan dengan cakna kebajikan kepada para mustad’afin.
 
Maklumnya, menerusi lawatan bertemu wajah bersama penduduk itu juga dapat mengeratkan lagi silaturahim, selain mengemaskini keadaan semasa para asnaf yang ditemui mereka.
 
Dengan maklumat direkodkan itu akan menjadi rujukan untuk menyusun atur langkah susulan kebajikan berkaitan kepada setiap asnaf tersebut terutama melibatkan keperluan yang perlu dipenuhi.
 
Pada kunjungan hari ini, rombongan turut berkesempatan menjengah Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Bota Kanan, Ustaz Abdul Wahab Zahari yang telah bersara sebagai tenaga pengajar di sekolah kerajaan. – HARAKAHDAILY 3/5/2019
20190503 203429
- Advertisement -