Retreat Muslimat Nibong Tebal rangka strategi setahun

- Advertisement -
NIBONG TEBAL: Lajnah Pemerkasaan Parti Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan permukiman dewan itu di Pusat Tahfiz Al-Furqan, Taman Murni, di sini kelmarin.
 
Ia melibatkan penyertaan seluruh Ahli Jawatankuasa Lajnah-lajnah dan Jabatan untuk merencana perjalanan Muslimat PAS Nibong Tebal bagi sesi baharu kepimpinan mereka.
 
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Prof Dr Amir Suffian Abdullah hadir sebagai tetamu jemputan memberikan taujihat kepada para peserta.
 
Beliau menyentuh kepentingan merangka gerak kerja seawal sesi selepas berlaku peralihan kepimpinan baharu dalam melangsungkan gerak kerja perjuangan Islam.
 
Memetik ayat 105 surah at-Taubah dalam ucapannya, beliau menyuntik semangat peserta dengan ingatan bahawa Allah, Rasul dan orang Mukmin menjadi saksi usaha dilakukan.
 
Sebanyak sepuluh Lajnah dan dua Jabatan terlibat dalam permukiman tahunan itu selain diwujudkan Lajnah Assabiqun untuk memanfaatkan lebih ramai veteran PAS untuk berkhidmat. – HARAKAHDAILY 3/5/2019
- Advertisement -