Pemuda PAS Bukit Gantang rai warga PASTI

- Advertisement -
BUKIT GANTANG: PASTI Kawasan Bukit Gantang telah menganjurkan Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga PASTI yang dilangsungkan di Teluk Senangin, di sini kelmarin.
 
Sambutan sempena cuti Hari Pekerja itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti Guru-guru PASTI disamping meraikan para Pengurus PASTI kepada institusi tersebut.
 
Pengarah PASTI Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah berkata, aktiviti riadah itu menjadi medan pihaknya mengeratkan hubungan bersama Jawatankuasa PASTI, guru-guru dan Pemuda PAS.
 
Acara sambutan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya sukaneka kanak-kanak, sukaneka keluarga, juga acara khas untuk muslimin dan muslimat.
 
Majlis santai tapi penuh bermakna yang mengikat kekuatan warga PASTI sebagai satu keluarga itu telah diperasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmi Badri. – HARAKAHDAILY 3/5/2019
IMG 20190503 WA0020
- Advertisement -