Istana berhak tegur kerajaan

- Advertisement -

MARANG: PAS berpendapat Institusi Raja berhak menegur mana-mana kerajaan di negara ini, kerana politik itu luas merangkumi konsep Raja Berperlembagaan.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, istana juga berkait dengan kerajaan dan rakyat serta berhak memberi pandangannya.

Sebab, katanya sesi pemerintahan di Malaysia ini merangkumi pihak istana dan kalangan ahli-ahli politik.

“Istana juga berkait dengan kerajaan, berkait dengan rakyat. Mereka berhak memberikan pandangan mereka.

“Pada saya, tidak menjadi salah jika istana nak beri pandangan dia. Sebabnya, sesi pemerintahan kita ini merangkumi Istana, merangkumi kalangan politik.

“Politik itu melibatkan semua. Politik ini luas, bukan parti politik sahaja termasuklah Raja Berperlembagaan.

“Raja Berperlembagaan ini, dia tak boleh pegang (ikut) kepada British. Raja Berperlembagaan ini ‘dikurung’ dalam begitu, dia boleh beri pandangan-pandangan dia dan rakyat tak semestinya terima pandangan dia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini. – HARAKAHDAILY 3/5/2019

- Advertisement -