Hari Guru At-Ta’alim meriah guru-guru berkembar

- Advertisement -
LUMUT: Sekolah Rendah Islam At-Ta’alim telah mengadakan sambutan Hari Guru bertemakan pasangan kembar antara guru-guru dalam suasana penuh meriah di Seri Manjung, di sini hari ini.
 
Pelbagai acara dilangsungkan antaranya acara padang melibatkan semua guru secara berkumpulan., manakala murid-murid menjalani acara dalam bilik darjah seperti melukis dan mewarna.
 
Turut diadakan ialah jamuan kelas, sebelum acara kemuncak iaitu tayangan montaj mengenai guru-guru Sekolah Rendah Islam At-Ta’alim dan persembahan melibatkan guru dan murid di surau sekolah ini.
 
Penyampaian hadiah bagi semua acara pertandingan telah disampaikan Guru Besar, Ustazah Norliza Mohd Fadzil yang turut melahirkan penghargaannya kepada semua.
 
Pertandingan pasangan guru mengikut tema telah dimenangi oleh Ustazah Nur Ain Ismail bersama Ustazah Nuratiqah Saaut dan Ustaz Hizal Adha Abd Rahim bersama Ustaz Mustafa Kamal Baharuddin.
 
Sekolah Rendah Islam At-Ta’alim yang menawarkan pendidikan integrasi diniah dan akademik ini merupakan institusi pendidikan rendah yang diuruskan PAS Kawasan Lumut. – HARAKAHDAILY 3/5/2019
IMG 20190503 WA0073
 
IMG 20190503 WA0069
- Advertisement -