Fanatik perkauman ada dalam DAP

- Advertisement -

MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan memberi sokongan kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.

- Advertisement -

“Ini termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan. Setiausaha Agung telah membuat kenyataan, PAS akan menyokong PBS di atas semangat peribumi.

“Calon (PBS) mewakili peribumi dan atas semangat pembangkang, kita sokong. Kerana penduduk peribumi di Sabah diabaikan. Jadi kita perlu bagi menguatkan calon peribumi walaupun calonnya bukan Islam,” jelasnya kepada media di Rusila, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, sokongan parti itu kepada PBS kerana DAP bersikap ekstrem terhadap pribumi Sabah.

“Ini kerana, kita melihat DAP ekstrem terhadap peribumi ini. Semangat fanatik perkauman ada dalam DAP. Budaya ini kita kena lawan.

“Kita hidup dalam masyarakat majmuk, mesti jangan ada sifat-sifat fanatik kaum ini. Dengan sebab itu, PAS berpihak kepada calon peribumi di Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Beliau turut berpesan kepada rakyat dan pengundi agar cermat membuat pilihan memilih kerajaan dalam pilihan raya.

“Rakyat jangan terlalu cepat membuat keputusan untuk menyokong dalam pilihan raya, dengan janji-janji. Mesti dengan teliti, dengan cermat pilih kerajaan yang betul.

“Jangan kita berdasarkan kepada Facebook, WhatsApp dan propaganda yang segera. Sebabnya, kita hendak melihat dalam masa lima tahun,” jelasnya.

Menurutnya, keputusan memilih sesebuah kerajaan itu bukan boleh dibuat dengan hanya membaca di media sosial. – HARAKAHDAILY 3/5/2019

- Advertisement -