KOTA BHARU: Jawatankuasa Sukarelawan Hari Sayyidatina Khadijah 2019 memerlukan 100 sukarelawan untuk bertugas sempena program Hari Sayyidatina Khatijah (HSK) 2019.
Pemilihan terbuka kepada belia dan beliawanis tempatan dan luar Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan HSK, Nik Nurul Atikah Nik Mahmud berkata, pendaftaran pengambilan sukarelawan sekarang mulai dibuka.
Katanya, sehingga sekrang seramai 250 sukarelawan mendaftar untuk bertugas pada program tersebut yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Jun hadapan.
“Pendaftaran boleh dibuat melalui online dan mereka akan melalui proses saringan. Mereka yang berjaya melalui proses saringan wajib menghadiri kursus sukarelawan pada 14 dan 15 Jun ini,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 3/5/2019
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!