Santai Hari Guru Lumut meriah di Teluk Batik

- Advertisement -
LUMUT: Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Lumut telah mengadakan Sambutan Hari Guru yang telah dilangsungkan secara santai tetapi meriah di Teluk Batik, di sini semalam.
 
Majlis tersebut telah meraikan 50 guru PASTI Lumut sebagai penghargaan di atas bakti ditabur serta pengorbanan telah didedikasikan mereka kepada PASTI selama ini.
 
Program dipimpin Pengerusi MGP Lumut, Faridah Salamon itu telah dihadiri Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PASTI Lumut, Abdul Basir Mohamad dan Aminuddin Ahmad.
 
Menurut Abdul Basir, perkembangan baik PASTI Lumut selama ini adalah hasil sumbangan dan pengorbanan khususnya dalam kalangan guru-guru PASTI.
 
Beliau menyeru agar mereka terus mengikhlaskan diri kerana segala komitmen tersebut merupakan saham akhirat yang akan menatijahkan ‘pendapatan’ di akhirat kelak.
 
Majlis ini telah diserikan juga dengan acara permainan seperti ‘Telefon Karat’, ‘Getah dan Straw’ serta ‘Balingan Kasih’ selain pertukaran hadiah dan cabutan bertuah. – HARAKAHDAILY 2/5/2019
- Advertisement -