Tugas Muslimat teguhkan akidah perjuangan PAS

- Advertisement -

TAIPING: Peranan Muslimat dalam medan siyasah ini adalah menyuburkan akidah perjuangan PAS dengan memaksimakan konsep dakwah yang bersifat holistik merentasi kaum dan budaya.

- Advertisement -

Hal tersebut untuk memastikan masyarakat kembali kepada akidah Islam secara keseluruhannya, sekali gus menolak segala pemikiran Liberal, Sekular dan seumpamnya.

Demikian lontaran dikemukakan Ketua Muslimat PAS Negeri Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Perak Kali Ke-56 di Markas Tarbiyah PAS Air Kuniny, di sini hari ini.

Tegasnya, Muslimat harus serius memastikan keluarga mendapat tarbiyah PAS dari awal usia bagi membentuk masyarakat soleh dan bahagia yang berilmu bagi mencapai tahap hamba rabbaniah.

Ujarnya lagi, agenda Ta’awun Siyasi PAS dan Umno merupakan bukti PAS mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS) yang seharusnya disambut baik oleh semua pihak.

Mengambil ibrah Perang Uhud, Dr Najihah menyeru para amilat supaya memantapkan wehdah perjuangan dengan meletakkan wala’ di tahap tertinggi terhadap pimpinan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam memuji peranan Muslimat PAS Perak yang paling ke hadapan menyahut agenda Ta’awun Siyasi.

Dalam ucapan perasmiannya itu, beliau menyifatkan kesatuan fikiran yang dicapai PAS dan Umno telah menggerunkan lawan politik kepada dua parti itu.

Beliau menyeru supaya meyakini bahawa masa depan adalah milik Islam di mana seharusnya mengukuhkan perjuangan dan kesatuan menghadapi pelbagai krisis yang sengaja ditimbulkan pihak lawan.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Ketua Wanita Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin sebagai tetamu undangan. – HARAKAHDAILY 1/5/2019

- Advertisement -