Siti Ashah kekal Ketua Muslimat PAS Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, apabila menang tanpa bertanding sempena muktamar tahunan dewan itu kali ke-50 yang berlangsung hari ini.

- Advertisement -

Sementara itu, timbalan ketua diamanahkan kepada Ustazah Siti Mekiah Shamsuddin dan naib ketua bertukar kepada Ustazah Fatimah Wan Teh@Jaziz, apabila masing-masing juga menang tanpa bertanding.

Muktamar yang diadakan di Kompleks PAS Kedah dan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman juga menyaksikan sembilan orang ahli jawatankuasa dikekalkan apabila tidak berlaku pengundian kecuali penambahan seorang yang dilakukan pengundian secara angkat tangan.

Ucaptama muktamar kali ini yang bertemakan Kesatuan Pemangkin Kejayaan Pembinaan Ummah, disampaikan oleh Siti Ashah menyentuh pelbagai aspek termasuk penyatuan ummah demi kesatuan umat Islam dan orang Melayu. – HARAKAHDAILY 1/5/2019

- Advertisement -