Selamat Menyambut Hari Pekerja 2019

- Advertisement -
SELAMAT Menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia. Semoga dikurniakan keberkatan rezeki dan berbahagia di dunia dan di Akhirat .
 
Hayati firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
 
“Dan katakanlah wahai Muhammad : Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
(At-Taubah: 105)
 
Dinukilkan dalam ayat suci Al-Quran yang mafhumnya:
 
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi jujur”.”
(Al-Qasas: 26)
 
Marhum ayat ini menggambarkah bahawa  antara kriteria  yang patut diutamakan ketika memilih seorang pekerja ialah menepati ciri ‘Al-Qowiyyul Amin’ iaitu mestilah seorang kuat dan sihat tubuh badannya serta amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. 
 
Jika adanya sifat amanah dan jujur dalam diri, maka segala kepincangan  dalam sesuatu organisasi bidang  pekerjaan atau jabatan pastinya mustahil akan berlaku. Salah guna kuasa dan rasuah serta pecah amanah tidak akan berlaku selagi Malaysia memiliki pekerja berjiwa ‘Rabbani’ yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T serta percaya akan pembalasan di akhirat. Syurga pasti menjadi dambaan buat pekerja yang berdedikasi tinggi.
 
Selain kuat lagi jujur dan amanah, kesihatan diri juga pasti dijaga agar badan terus sihat dan kuat selari dengan ciri pekerja dan pemimpin yang bersifat ‘Al-Qowiyyul Amin’ (kuat lagi amanah).
 
Apabila pekerja menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam bidang pekerjaan mereka sudah pasti hasil produktiviti atau barang akan berpuas hati dengan perkhidmatan atau produk yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi atau syarikat.
 
Pernah kita mendengar slogan yang berbunyi “kepuasan anda, keutamaan kami” atau slogan di restoran misalnya “Tak sedap beritahu kami,jika sedap beritahu kawan”. Inilah contoh ciri terpuji sesebuah organisasi atau syarikat yang mementingkan kualiti perkhidmatan pekerjanya dalam menghasilkan daya pengeluaran atau produktiviti. Pekerja yang baik adalah pekerja yang memiliki integriti dan akauntabiliti yang disegani.
 
Akhir kata ,diucapkan “Selamat Menyambut Hari Pekerja”. Semoga sihat dan ceria serta terus berusaha  menjadi penyumbang produktiviti  negara Malaysia  yang tercinta.
 
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”
“Pekerja Berintegriti Nadi Produktiviti Negara”
 
Salam hormat:
NORMALA SUDIRMAN (CIKGU MALA)
Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) 
merangkap 
Setiausaha Lajnah Pekerja & Pengguna 
PAS Pusat Sesi 2017/2019
- Advertisement -