Fenomena ta’awun PAS-Umno landa Chemor

- Advertisement -

TAMBUN: PAS Cawangan Ulu Chepor telah mengadakan program ramah mesra buat julung kalinya bersama Umno Cawangan Ulu Chepor Tambahan di Padang Awam Chemor Sejahtera, di sini hari ini.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Salleh Said dalam ucapannya menyatakan, agenda perpaduan ummah sebenarnya diharapkan bermula daripada peringkat akar umbi kedua-dua parti Islam dan Melayu ini.

“Keikhlasan kita bersama dalam merealisasikan usaha baik ini (menuntut) kita terus bekerja kuat untuk memberi keyakinan kepada rakyat yang sedang melihat perkembangan mutakhir ini,” kata beliau.

Sebelum itu, Ketua PAS Zon Chemor yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tambun, Ustaz Asfawani Abdullah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan asas ta’awun.

Jelas beliau, ia mesti difahami sebagaimana seruan Al-Quran iaitu saling bertolong-tolongan atas perkara yang baik demi Islam secara keseluruhannya.

Ketua PAS Cawangan Ulu Chepor, Ustaz Yusof Zakaria dan Ketua Umno Cawangan Ulu Chepor Tambahan, Mohd Ariffin Zainal Abidin turut menyampaikan ucapan.

Hadir sama dalam menjayakan majlis bersejarah ini adalah Ketua Umno Cawangan Chemor Sejahtera, Cawangan Taman Mas, Cawangan RPT Batu 10 Chepor dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Ulu Chepor Tambahan, Zaliyah Zabidi. – HARAKAHDAILY 1/5/2019

- Advertisement -