Ada daerah di Johor masih alami masalah bekalan air

- Advertisement -
AYER HITAM: Masalah perbekalan perkhidmatan air masih menjadi isu yang tidak berjaya ditangani Kerajaan PH Negeri Johor di mana turut berlaku di beberapa daerah dalam negeri ini.
 
Menurut Setiausaha Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Abdul Hadi Harun, masalah yang dialami adalah tekanan air rendah yang dikatakan berpunca dari masalah paip lama dan kegagalan penyelenggaraan.
 
Katanya, berdasarkan aduan penduduk, banyak penempatan yang terlibat, khususnya yang paling kerap menerima masalah tersebut adalah sekitar Taman Manis dan Taman Intan di Parit Raja dan lokasi berhampirannya.
 
Selain itu maklumnya, penduduk selaku pengguna terpaksa menggunakan pam air untuk menyedut bekalan air ke tangki, nemun dengan tekanan yang rendah memberi kesan mesin air pengguna juga rosak.
 
Hingga kini ujarnya, tiada tindakan bersungguh-sungguh dilihat diusahakan pihak kerajaan negeri melalui Syarikat Air Johor yang bertanggungjawab terhadap urusan tersebut di seluruh negeri ini. – HARAKAHDAILY 1/5/2019
- Advertisement -