5,000 solat jenazah Ustaz Abu Hassan Din

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 orang menunaikan solat jenazah pendakwah terkenal, Dato’ Seri Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, dekat sini selepas solat Asar, sebentar tadi.

- Advertisement -

Solat jenazah diimamkan oleh anak sulung Almarhum, Mohamad Yusri.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda untuk dikebumikan.

Ustaz Abu Hassan, 72, jatuh dan tidak sedarkan diri ketika bersiap selepas menunaikan solat Subuh.

Beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 pagi.

Sementara itu, PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhum ke rahmatullah.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jasa almarhum kepada rakyat dan negara amat besar khususnya dalam menyebarkan dakwah Islam dan mendidik masyarakat dengan agama.

“Semoga segala amalan soleh diterima oleh Allah, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin,” tulis beliau menerusi laman Facebook, pagi tadi. – HARAKAHDAILY 1/5/2019

- Advertisement -