Usahawan Kelantan perlu melangkah jauh

- Advertisement -

KOTA BHARU: Usahawan Kelantan perlu mencari ilmu bagi mempersembahkan produk mereka dalam bentuk lebih menarik bagi menembusi pasaran di peringkat global.

- Advertisement -

Artis Mohd Rashdan Abd Halim atau lebih dikenali Rashdan Baba berkata, rakyat Kelantan memang terkenal dalam bidang perniagaan, namun ia bukan tiket mudah untuk melangkah lebih jauh.

Katanya usahawan Kelantan perlu mencari ilmu khususnya berkaitan aspek pembungkusan biar nampak lebih menarik.

“Pembungkusan yang menarik boleh menjadi daya tarikan pelanggan khususnya di peringkat antarabangsa,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini beliau menyertai ekspo KALAfest anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hamzah.

Sempena program itu beliau memperkenalkan produk Em-Pro khusus untuk rawatan masaalah bengkak prostat.

Rashdan kini terbabit menghadiri penggambaran drama bersiri terbaru yang bertajuk Setelah Terlafaznya Akad.

Drama itu bakal disiarkan di Astro Ria arahan Michel Ang sebanyak 28 episod. – HARAKAHDAILY 30/4/2019

- Advertisement -