Pelancong Singapura hayati Ramadan di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Madinah Ramadan yang menjadi tumpuan rakyat Kelantan turut diimrahkan pelancong apabila mereka datang bersama keluarga.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, mereka tinggal selama sebulan di Kelantan semata-mata untuk mencari ilmu dan beribadat sempena Ramadan.

Katanya, ada juga yang tinggal beberapa minggu di sini dengan menginap di hotel dan apartment berdekatan dengan Madinah Ramadan.

Antaranya Hotel Perdana, Hotel Grand Rivervie, Hotel Ansar, KTC dan Hotel Habib Jewels.

“Kebanyakan mereka datang dari Singapura, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pemasangan khemah solat tarawih di Dataran Warisan hari ini.

Beliau juga berkata, khemah berkenaan mula dipasang Jumaat lepas dan dijangka siap sepenuhnya 4 Mei ini.

Katanya juga tahun ini ada sedikit perubahan dekorasi dan pemasangan 16 penghawa dingin dalam khemah solat bagi keselesaan orang ramai. – HARAKAHDAILY 30/4/2019

- Advertisement -