Muslimat Kepala Batas hargai para guru

- Advertisement -
KEPALA BATAS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas telah mengadakan kunjungan sempena Sambutan Hari Guru ke beberapa premis pendidikan dalam Parlimen ini, semalam.
 
Usaha itu sebagai menzahirkan penghargaan kepada para guru sebagai antara golongan berjasa dalam masyarakat, selain menyampaikan sumbangan dan cenderahati kenangan.
 
Ia juga sebagai ingatan yang diharap melonjak dan membakar semangat para guru selari tema disambut tahun ini iaitu “Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi”.
 
Menerusi aktiviti ini turut menjadi medan PAS mengeratkan hubungannya bersama anggota masyarakat, selain merungkai persepsi perkauman yang masih wujud.
 
Dipimpin Ketua Muslimat PAS Kepala Batas, Ustazah Hasanah Idrus kunjungan telah dibuat ke Sekolah Rendah dan Menengah Islam Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang, Putra Bertam.
 
Juga dikunjungi adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Keow dan PASTI Penaga, serta Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Taman Bertam Indah dan Permatang Rambai, selain turut meraikan guru KAFA.
 
Menurut Ustazah Hasanah, profesion keguruan merupakan kerja berat dan memerlukan sifat lemah lembut di mana mereka berperanan mendidik dan membentuk generasi. – HARAKAHDAILY 30/4/2019
IMG 20190430 WA0018
 
IMG 20190430 WA0017
 
IMG 20190430 WA0016
- Advertisement -