Muallim ungguli Sukan SRITI Perak Ke-2

- Advertisement -
KAMPAR: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Muallim muncul Johan Keseluruhan pada Sukan SRITI Negeri Perak yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa, di sini kelmarin.
 
Kejohanan bagi tahun kedua institusi ini menyaksikan penguasaan SRITI Muallim dan SRITI Lenggong dalam hampir semua acara dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, memanah, lari individu dan bergantian.
 
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri, penganjuran tersebut menunjukkan SRITI bukan sahaja berfokus kepada pendidikan ilmu agama dan akademik, tetapi juga sukan.
 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam perasmiannya mahu masyarakat melihat kemampuan institusi pendidikan Islam itu melahirkan individu berjaya dalam pelbagai bidang.
 
SRITI yang menjadi kesinambungan PASTI katanya, perlu terus diberi sokongan oleh para ibu bapa agar didikan kepada generasi masa depan dapat menerima ilmu duniawi dan ukhrawi secara seimbang.
 
Hadir sama Pengarah SRITI Perak, Ustaz Zulfadli Zainal, manakala penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait. – HARAKAHDAILY 30/4/2019
IMG 20190430 WA0096
- Advertisement -