Kejohanan sulung Sukan SRITI Pulau Pinang

- Advertisement -
KEPALA BATAS: Edisi sulung Kejohanan SRITI Negeri Pulau Pinang menyaksikan tiga SRITI dalam negeri ini berentap merebut kejuaraan di Stadium Mini MPSP, di sini kelmarin.
 
Turut bersama mencabar juang kesukanan pada kejohanan ini adalah sekolah jemputan iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Ansar dan Sekolah Rendah Islam Tahfiz Sains dan Teknologi.
 
Kemeriahan temasya ini bermula dengan acara balapan sebelum tumpuan terarah kepada pertandingan bola sepak dan bola jaring yang meraih sokongan pasukan masing-masing.
 
Kejohanan edisi ini membuktikan keunggulan SRITI Fathul Ariffin yang dinobatkan selaku Juara Keseluruhan setelah tirai temasya dilabuhkan dengan jayanya.
 
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dan turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.
 
Hadir sama ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali dan Pengarah SRITI Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim. – HARAKAHDAILY 30/4/2019
IMG 20190430 WA0117
- Advertisement -