DPPM gerak usaha perkasa peranan Peguam Muslim

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Kluster Undang-undang Jabatan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro-DPPM) telah menganjurkan Activate Seminar – Pemerkasaan Peguam Muslim 1.0, kelmarin dahulu.
 
Dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM dan Muslimat Legal Team Dewan Muslimat PAS Malaysia, program ini telah dilangsungkan di Wisma Sejarah, di sini.
 
Dihadiri sekitar 100 peserta dalam kalangan profesion perundangan, seminar ini membincangkan isu-isu semasa bidang guaman antaranya RUU Kesaksamaan Gender dan Profesion Guaman Syarie.
 
Perasmian seminar julung kali diadakan ini telah disempurnakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin membawa ucaptama “Kebangkitan Peguam Muslim: Inilah Masanya!”.
 
Turut ditampilkan adalah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang juga seorang peguam membentangkan kertas kerja bertajuk “RUU Kesaksamaan Gender: Di Mana Suara Peguam Muslim?”.
 
Beliau menyifatkan penggubalan RUU tersebut sebagai cara halus untuk menyebarkan agenda Liberalisma dan kebebasan mutlak yang berselindung di balik usaha membanteras diskriminasi wanita.
 
Maklumnya, hal itu diperjuangkan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang melindungi dan mengiktiraf LGBT serta perjuangam berorientasi seks dan identiti jantina.
 
Manakala Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dalam pembentangannya mendesak supaya RUU Profesion Guaman Syarie digubal segera di Parlimen.
 
Hal tersebut kemuka beliau, adalah disebabkan berlakunya ketidakseragaman berkaitan guaman Syarie selain bertujuan untuk mengawal selia profesionalisma berkaitan di cabang tersebut.
 
Sementara Peguambela dan Peguamcara, Yusfarizal Yussoff dalam pembentangannya mengangkat keperibadian Prof Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim untuk dicontohi peserta.
 
Penutup program disempurnakan Pengarah JUHAM, Wan Rohimi Wan Daud yang turut membentangkan resolusi seminar agar menjadi tindakan susulan para peserta. – HARAKAHDAILY 30/4/2019 
IMG 20190430 WA0044
IMG 20190430 WA0042
IMG 20190430 WA0041
- Advertisement -