Buka wakaf RM1.5J bina Pusat Tarbiyah Beruas

- Advertisement -
BERUAS: Majlis Pelancaran Dana Wakaf Pembinaan Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Beruas telah diadakan di Markas PAS Beruas, Darul Ghuraba, Pengkalan Baharu, Pantai Remis, di sini semalam.
 
Pembinaan yang mensasarkan sumbangan RM1.5 juta bagi mendirikannya mercu tanda itu nanti, telah disempurnakan pelancarannya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria.
 
Yang DiPertua PAS Beruas, Zakaria Hashim memaklumkan, bangunan tersebut akan mempunyai ruang solat lebih luas dan selesa selain menempatkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).
 
Sekali gus katanya, pusat tarbiyah itu akan menjadi hub pendidikan, selain menjalankan kegiatan komuniti setempat menerusi kelas pengajian al-Quran serta aktiviti sosial lainnya di situ.
 
Untuk tujuan itu, PAS Beruas mengadakan inisiatif menerusi jualan kupon dan membuka kepada para dermawan dari seluruh negara untuk membuat sumbangan wakaf sebagai sebahagian amal jariah.
 
Hadir sama pada majlis itu adalah pewakaf tanah, Syafie Yusoff dan Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Ustaz Abd Razak Ismail serta bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Pertanian, Dato’ Mohd Ali Mansur.
 
Wakaf atau dana boleh disalur ke akaun Maybank 5581 8105 6908 atas nama Jawatankuasa Pembangunan Tanah PAS Kawasan Beruas dan sebarang pertanyaan 013-535 1132 (Bendahari). – HARAKAHDAILY 30/4/2019
- Advertisement -