Sembang santai terang mengenai ta’awun siyasi

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: PAS Cawangan Simpang Tiga Lahar Yooi telah menganjurkan majlis bersama Ketua Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Tajuddin Abu Bakar.

- Advertisement -

Program sembang santai dan minum petang melibatkan ahli-ahli PAS itu telah dilangsungkan di Kampung Lubok Meriam dalam Dun Permatang Berangan, di sini semalam.

Hadir pada majlis tersebut adalah Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Sobri Salleh dan Zahadi Mohd, selain ahli-ahli Umno dari Cawangan sama.

Menerusi program tersebut, penerangan isu semasa turut disampaikan kepada hadirin termasuk mengenai ta’awun siyasi antara PAS dan Umno, selain konsep Islam memimpin.

Sempena majlis tersebut juga, turut diserahkan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan yang bakal tidak berapa hari lagi. – HARAKAHDAILY 29/4/2019

- Advertisement -