Penerangan K. Kangsar siap siaga menuju PRU15

- Advertisement -
KUALA KANGSAR: PAS Kawasan Kuala Kangsar mempersiapkan jentera penerangannya menerusi permukiman khas yang diadakan di Pejabat PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan, di sini semalam.
 
Program dikendalikan di bawah Lajnah Penerangan PAS Kuala Kangsar ini telah menghimpunkan Ketua-ketua Penerangan PAS Cawangan dari seluruh kawasan Kuala Kangsar.
 
Selain mengemaskini maklumat dengan Penerangan PAS Cawangan-cawangan, program ini juga memastikan penyusunan jentera dan perencanaan gerak kerja yang perlu dilaksanakan.
 
Ia juga sebagai langkah persiapan dan menguatkan lagi peranan jentera penerangan di peringkat PAS Cawangan untuk menggerakkan fungsi bagi menghadapi PRU15 akan datang.
 
Menerusi permukiman ini, perkongsian idea dan pandangan antara peserta turut diadakan, selain mereka diterangkan garis panduan dalam menyusun atur program di Cawangan masing-masing.
 
Ketua Penerangan PAS Cawangan yang hadir turut diberi peranan berkaitan pengumpulan maklumat atau isu-isu setempat di Cawangan atau lokaliti mereka untuk disalurkan ke peringkat PAS Kawasan.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Faisal Rahman selaku jemputan telah menyampaikan taujihat yang menyentuh mengenai hala tuju PAS dan pendekatan semasa serta fungsi lajnah.
 
Manakala Ketua Penerangan PAS Kuala Kangsar, Makmun Zulkifli menyifatkan penyertaan seluruh Cawangan itu memberi isyarat persediaan PAS Kuala Kangsar melangkah secara lebih terancang. – HARAKAHDAILY 29/4/2019
IMG 20190429 WA0068
- Advertisement -