Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 4 Mei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melihat kepada perkembangan negara yang banyak memberikan ancaman kepada kedaulatan agama dan negara, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam pada 4 Mei ini.

- Advertisement -

Menurut Timbalan Pengerusi, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut bakal menyentuh isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi isu Statut Rom, isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, dan isu-isu lain yang berkaitan.

Katanya, seramai 10 orang wakil NGO dan beberapa tokoh ahli politik yang akan hadir berucap.

Kamaruzaman berkata, himpunan yang akan diadakan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas daripada solat zuhur dan akan berakhir di Sogo sebagai pentas ucapan pimpinan NGO dan parti politik yang hadir bersama.

Justeru itu, beliau mewakili dari pihak penganjur menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia serta mana-mana pihak yang mengambil berat tentang isu tersebut untuk turut hadir bersama bagi menyatakan sokongan dalam himpunan yang bakal diadakan itu. – HARAKAHDAILY 29/4/2019

- Advertisement -