Hari Keluarga eratkan pimpinan PAS Parit

- Advertisement -

LUMUT: PAS Kawasan Parit buat julung kalinya telah mengadakan program Sambutan Hari Keluarga selama dua hari satu malam yang dilangsungkan di Hotel Virgo, Teluk Batik, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program santai tersebut bertujuan memperkukuh ukhuwah sesama Ahli Jawatankuasa PAS Parit disamping menyuntik motivasi para pimpinan agar terus istiqamah dalam perjuangan PAS.

Mengetuai acara pada program itu adalah Yang DiPertua PAS Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib yang turut memberikan pengisian dalam membangunkan jiwa dan semangat ‘ahli keluarganya’ itu.

Mengupas topik berkenaan syarat kejayaan Harakah Islamiyah, beliau menerangkan mengenai ikatan ukhuwah sesama anggota dengan garapan kasih sayang ke arah membentuk gerakan mantap dan kukuh.

Ustaz Ismi turut menekankan kepentingan amalan musyawarah sebagai mekanisme utama kepada gerakan Islam PAS dalam merencana pelaksanaan gerak kerja dan tindakannya.

Program tersebut selain menjadi medan taaruf antara peserta, juga dipenuhi keceriaan dan kemeriahan aktiviti sukaneka sekali gus mengukuh persaudaraan antara keluarga pimpinan. – HARAKAHDAILY 29/4/2019

20190429 165333

 

20190429 165312

 

IMG 20190429 WA0078

- Advertisement -