JAM Kuala Kangsar selami hidup gelandangan

- Advertisement -
IPOH: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Kuala Kangsar telah mengadakan program menyantuni para gelandangan yang ditemui di sekitar bandaraya ini, semalam.
 
Aktiviti tersebut merupakan usaha mendekati dan menyelami realiti kehidupan golongan tersebut yang terabai tanpa kepedulian sewajarnya dari ahli keluarga mahupun pihak berwajib.
 
Menerusi pendekatan kebajikan itu, anggota terlibat bukan sahaja mendengar luahan hati golongan tersebut, tetapi juga menyampaikan makanan secara percuma kepada mereka.
 
Program tersebut yang berakhir hingga lewat jam 4:00 pagi turut dijayakan dengan peranan daripada para kaunselor pelatih dengan berkongsi ilmu mereka untuk dipraktikkan bersama.
 
Menurut Komanden JAM Kuala Kangsar, Zainal Abidin Sakor, program tersebut akan diperkasakan lagi, terutama bagi membawa pembelaan nasib golongan tersebut kepada pihak kerajaan.
 
Antara lokasi anggota JAM dan para kaunselor pelatih menemui para gelandangan tersebut adalah di sekitar UTC, Taman Kanak-kanak, Kinta Heights dan pusat bandar. – HARAKAHDAILY 28/4/2019
20190428 232248
- Advertisement -