Eratkan Muslimat dan ibu pelajar PASTI

- Advertisement -
TAMBUN: Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah mengadakan program Sentuhan Kasih Al Aisar bersama ibu para pelajar PASTI di Medan Klebang Restu, Chemor, di sini hari ini.
 
Pengerusinya, Jamani Azizan berkata, program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara pendidik dan keluarga pelajar PASTI selain memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Lajnah tersebut yang terdiri daripada guru-guru PASTI. 
 
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan Medan Klebang Restu menyatakan bahawa PASTI bukan sahaja medium menyampaikan ajaran Islam kepada pelajar, malahan berperanan mengikat ukhwah lebih erat antara keluarga pelajar itu sendiri. 
 
Sempena pertemuan tersebut telah diadakan demo masakan bertemakan makanan sihat menggunakan peralatan elektronik berkuasa tinggi antaranya penyediaan Nasi Arab, pembuatan roti dan rojak buah sebagai usaha membangunkan keluarga bergaya hidup sihat.
 
Turut diadakan pertandingan penyediaan sarapan menu sihat serta acara ‘Bonding Time’ ibu dan anak yang mencuri tarikan hadirin melalui fesyen dan gaya menarik ditampilkan setiap peserta terhadap anak masing-masing. 
 
Pihak penganjur turut menyediakan ruangan mewarna khas bagi kanak-kanak yang hadir untuk memastikan hadirin dapat memberi tumpuan terhadap sesi demo masakan. – HARAKAHDAILY 28/4/2019
IMG 20190428 WA0104
- Advertisement -