Peranan ulama lebih mencabar mutakhir ini

ulama
- Advertisement -

ALOR SETAR: Ulama digesa agar berusaha menambah ilmu pengetahuan sama ada melalui kitab turath atau perkembangan semasa memandangkan tugasan serta peranan ulama mutakhir ini lebih mencabar.

- Advertisement -

Demikian kata Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Mohd Radhi Abdul Rahman sempena muktamar tahunan kali ke-45 dewan itu di dewan DAYA, Kompleks PAS Kedah, Batu 9, hari ini.

“Untuk menggelar diri sebagai ulama bukanlah sesuatu yang mudah namun realitinya memikul tanggungjawab amat besar selain sebagai pewaris nabi, ia juga menjadi institusi berpengaruh di kalangan masyarakat,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, Urusan Ulamak Kawasan perlu memperkemaskan pentadbirannya sebagai persiapan sekiranya dinaiktaraf sebagai dewan selain berusaha 50 ahli setiap kawasan.

Sehubungan itu sambung Ustaz Mohd Radhi lagi selain menambah ilmu untuk sendiri, para ulama perlu membanyakkan medan ilmu untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat agar memahami Islam yang sebenar.

“Dewasa ini, fahaman Islam librael dan lain-lain yang kini berselindung di sebalik slogan Rahmatan-Lil-Alamin yang akhirnya membawa kerosakan kepada umat Islam.

“Di era kepimpinan Pakatan Harapan kini, negara dilihat tidak diterajui oleh majoriti sebaliknya dikuasi oleh minoriti dan akhirnya banyak urusan termasuk berkaitan dengan agama Islam cuba diubah dan dipinda.

“Ulama perlu bangun menjadi pemandu kepada kesatuan PAS dan Umno atau NGO-NGO lain agar masyarakat memahami perpaduan ummah itu bukan untuk merebut kuasa tetapi untuk kekuatan Islam agar ia dijadikan model untuk memimpin ummah.

“Jangan biar perpaduan itu menjadi fitnah kepada PAS ekoran kurangnya kefahaman di kalangan ahli dan masyarakat,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2019

- Advertisement -